Sunday, July 28, 2013

Suatu hari di Bazar Ramadhan.....


    Beberapa hari lepas SK sempat berkunjung ke Bazar Ramadhan di Stadium Shah Alam.. Memang rambang mata juga dibuatnya.. Apa yang nampak, semuanya sedap dan nak dibeli... Nafsu makan memang membuak2 di Bulan Ramadhan ni.. Namun Alhamdulillah segala-galanya dapat di control sebaik mungkin.. SK ajar diri sendiri utk mengingati insan2 yang tak mampu berbelanja untuk juadah berbuka yang enak2.. Kasihan mereka.. Saat di meja makan kita penuh terhidang dengan juadah yg enak2, mereka pula hanya mampu makan ala kadar.. Tanpa kuih.. Tanpa lauk pauk yang berbagai jenis... Hanya nasi berlaukkan kicap itu pun jika ada.. Atau berlaukkan garam.. Masyaallah... Allah Maha Besar... Mereka masih boleh bersyukur dengan apa yang ada sedangkan kebanyakan kita yang mampu ini masih mengomel.. Itu tak cukup.. Ini pula kurang.... Bersyukurlah dengan apa yang ada.. Jangan melampaui batas..

    Cuba renung2kan kembali tatkala kita membuang makanan yang tidak habis.. Pembaziran yang tak sepatutnya berlaku dalam Bulan Ramadhan ini... Atau pada bila2 masa sahaja.. Sedangkan ada insan lain yang tak makan.. Perhatikanlah di sekeliling kita.. Mungkin ada jiran2 yang dalam kesusahan... Mungkin ada juga saudara mara kita sendiri yang sempit hidupnya.. Bantulah mereka...

    Bercakap tentang Bazar Ramadhan ini, SK amat kecewa dengan segelintir peniaga yang menjual dgn niat menipu.. Tolong lah.. Jangan begitu... Anda buat display yang bagus2 tentang jualan anda.. Tetapi apa yang kami, pembeli dapat.. Amatlah mendukacitakan.. Display Murtabak punya lah besar.. tebal se inchi... Bila kami dapat yg dibungkus... Ya Allah... Tertipu rupanya... Murtabak kecil yang tak sampai 1cm tebalnya.... Tak berkat hasil jualan anda itu kerana menipu...

    Tak kira lah apa yang anda niagakan.. Tolong lah jujur dengan pelanggan anda.. Tak rugi kalau kita jujur.. Malah akan disenangi oleh semua dan di Rahmati rezekinya oleh Allah...

    Buat semua teman2.. Selamat mencari Lailatulqadar... Selamat beramal....

- SoFea Khate -

No comments:

Post a Comment

PEMBERITAHUAN :

Semua artikel dan foto di dalam blog ini adalah hak milik bazaarchinta.blogspot.com yang telah di daftarkan hakciptanya mengikut undang-undang dan Akta Hak Cipta Terpelihara. sebarang penggunaan semula apa jua isi kandungan di dalam blog ini dan juga di dalam laman social Facebook yang berkenaan tanpa mendapat kenbenaran bertulis terlebih dahulu dari empunya Hak Cipta akan dikenakan tindakkan undang-undang. Terima Kasih.