Friday, July 26, 2013
Mee Udang
Selamat pagi.. Dah bangun untuk bersahur? Atau masih lagi belum melelapkan mata? Almaklumlah dah dekat dengan 1 Syawal ni masing-masing sibuk dengan persiapan untuk berhari raya.. Bagi teman-teman yang menjalankan biz sempena musim perayaan ni bertambah-tambah ler bz nya kan... Ada yang tauke kuih raya.. Kek raya... Baju raya.. Langsir raya... Tak kurang juga tauke2 bazar Ramadhan dan tuake mercun serta bunga api (Opppssssssss... Jangan main mercun ya.. BAHAYA!!)
Entry SK pagi ini nak bercerita tentang resepi Mee Udang untuk mereka-mereka yang bz tetapi tetap ingin menikmati sesuatu yang istimewa... Anda boleh sediakan stock udang untuk kuah mee udang ini terlebih dahulu pada bila-bila masa terluang dan bekukannya di dalam peti sejuk sehingga tiba masa untuk digunakan.. Sesuai untuk hidangan di pagi Syawal nanti...
BAHAN-BAHAN
Bahan Stock Udang
- Kulit udang yang telah diasingkan dari isinya
- 1 batang lobak merah dipotong dadu
- 1 batang celery dipotong kecil
- 1 labu bawang besar dibelah empat
- 4 ulas bawang putih
- 4 ulas bawang merah
Bahan Kuah
- 1 ulas bawang merah (mayang halus)
- 1 ulas bawang putih (cincang)
- 1 senduk cili kisar (kepedasan mengikut citarasa anda)
- 4 sudu besar sos tiram
- 1 senduk sos cili
- 5 biji buah keras (kisar)
- Seketul besar ibu jari gula batu
- 1 ketul kiub ayam
- Gula dan garam secukup rasa
- Perisa makanan jika perlu
- Minyak untuk menumis
Bahan Mee
- Mee kuning yang telah dicelur
- Isi udang diasingkan dari kulit dan digaulkan dengan garam (gorengkan hingga masak)
- Tauge yang telah dicelur
- Sawi yang telah dicelur
- Daun sup dan daun bawang yg telah dihiris kasar
- Bawang goreng
- Cili potong
- Limau kasturi
CARA-CARA
Stock Udang
- Rebus kesemua bahan stock udang dengan 2 liter air sehingga kandungannya menjadi separuh. Sejukkan dan kisar hingga hancur. Tapiskan utk mengambil stocknya.
Kuah
- Panaskan minyak. Tumis bawan merah dan putih hingga naik bau. Kemudian masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak. Masukkan sos tiram dan sos cili. kacau sebentar. Tambahkan stock udang yang telah disediakan tadi. Masukkan buah keras, gula batu, kiub ayam, gula dan garam secukup rasa. Tambah air jika perlu. Selaraskan rasanya dengan menambah penambah perisa. Masak hingga mendidih. Kecilkan api.
Mee
- Sediakan mee di dalam mangkuk dan curahkan kuah di atasnya. Hiaskan dengan isi udang, tauge, sawi, daun sup, daun bawang, cili potong, limau kasturi dan bawang goreng di atasnya... Siap untuk hidangan...
SELAMAT MENCUBA...
- SoFea Khate -
Bazaar Chinta juga menyediakan perkhidmatan catering untuk semua jenis majlis dengan harga yang berpatutan. Jika anda memerlukan khidmat ini sila hubungi Bazaar Chinta melalui SMS/Hubungi (016-6883437)
Harga untuk sajian ini : RM5 / pax
* Minimum order 50 pax
* Selangor / KL sahaja
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
PEMBERITAHUAN :
Semua artikel dan foto di dalam blog ini adalah hak milik bazaarchinta.blogspot.com yang telah di daftarkan hakciptanya mengikut undang-undang dan Akta Hak Cipta Terpelihara. sebarang penggunaan semula apa jua isi kandungan di dalam blog ini dan juga di dalam laman social Facebook yang berkenaan tanpa mendapat kenbenaran bertulis terlebih dahulu dari empunya Hak Cipta akan dikenakan tindakkan undang-undang. Terima Kasih.
No comments:
Post a Comment