Sunday, July 28, 2013

Daging Bakar dan Air Asam Kerisik Untuk Sahur


 




    Salam selamat bersahur utk semua... pagi ini SK bersahur dengan Daging Bakar bersama Air Asam Kerisik beserta nasi putih panas2.. Sajian simple dan amat menyelerakan...

BAHAN-BAHAN

Daging
- Daging secukupnya
- Garam
- Kunyit

Air Asam Kerisik
- Cili padi
- Belacan
- Cuka
- Kerisik
- Bawang besar di mayang halus
- Tomato dihiris halus
- Sedikit air masak
- Gula, garam dan perasa secukupnya

CARA-CARA

Daging
- Gaulkan garam dan kunyit bersama daging dan bakar hingga masak dan empuk. Hiris nipis-nipis semasa daging masih suam kerana ini akan memudahkan proses menghiris.

Air Asam Kerisik
- Campurkan kesemua bahan dalam satu bekas dan ramas hingga semuanya bercampur seperti air asam.


Sedia untuk hidangan bersama nasi panas.... Selamat bersahur..

- SoFea Khate -

No comments:

Post a Comment

PEMBERITAHUAN :

Semua artikel dan foto di dalam blog ini adalah hak milik bazaarchinta.blogspot.com yang telah di daftarkan hakciptanya mengikut undang-undang dan Akta Hak Cipta Terpelihara. sebarang penggunaan semula apa jua isi kandungan di dalam blog ini dan juga di dalam laman social Facebook yang berkenaan tanpa mendapat kenbenaran bertulis terlebih dahulu dari empunya Hak Cipta akan dikenakan tindakkan undang-undang. Terima Kasih.